Kelas Asas ICT: Pengenalan Kepada Komputer, Perkakasan Komputer dan Tayangan Video KDB Sesi April 2019

13 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 April 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Pengenalan kepada Komputer, Perkakasan Komputer dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 9:00 hingga 11.00 pagi. Seramai 3 orang peserta yang berumur 18 tahun dan merupakan pelajar Lepasan SPM 2018. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

• Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
• Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
• Mempelajari tentang bahagian-bahagian utama dan penting pada computer.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Tahniah dan selamat maju jaya semua.




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali